8 CenDERahAti PalinG bErHarGe ..
Rabu, 25 Januari 2012 | 11:57 PG | 0 comments
1. KEHARDIRAN :~* Kehadiran orang yang dikasihi merupakan satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakkan cara seperti berutus surat, menghantar sms, gambar @ faks, kerana sekurang - kurangnya anda sentiasa berada di sisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan KASIH SAYANG secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan untuknya.
2. DIAM :~
*Seperti kata - kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir @ membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta anda kepada seseorang kerana memberinya 'RUANG'. Keterlaluan jika sehari - hari kita sudah biasa menasihati,mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.
3. MENDENGAR :~
* Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebayakanya lebih suka didengarkan daripada mendengarnya. Sejak dari dahulu lagi kta ketahui bahawa sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia. Berikan cenderahati ini untuknya dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara tidak langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, Pastikan anda dalam keadaan betul - betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tetaplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang @ membuat penilaian. Sekadar ucapan TERIMA KASIH pun, sudah cukup memadai untuknya.
4. KEBEBASAN :~
* Mencintai seseorang buakan bermakna memberi anda hak sepenuhnya untuk memiliki @ mengatur kehidupannya yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah anda mengaku mencintai seseorang jika anda selalu menyimpannya dalam hati? Memberii kebebasan adalah salah satu pekara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan @ dilakukan olehnya.
5. KEINDAHAN :~
* Siapa yang tidak bahagia, Jika orang yang disayagi tiba - tiba tampil lebih kacak @ cantik ?? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari ! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, Zvas dan bunga segar cantik di ruang tamu @ meja makan yang berhias indah .
6. TANGGAPAN POSITIF :~
*Tanpa sedar, anda sering memberikan penilaian negetif terhadap pemikiran, sikap @ tindakan orang yang di sayangi. Seolah - olah tidak ada yang benar darinya dan kebenaran mutlak hanya kepada diri anda. Kali ini, Cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan iklas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan TERIMA KASIH atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda mermujinya, kedua - dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang pasti tidak dilupakakan sampa bila - bila.
7. SEDIA MENGALAH :~
* Tidak semua masalah bole menjadi bahan pentengkaran, apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar kacir hanya disababkan persoalan itu?? Apabila anda ada memikirkan hal ini, Bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab SEDIA MENGALAH. Anda tentu akan merasa kesal @ marah jika si dia tidak menepati janj, tetapi jika kesalahan itu kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pentengkaran anda sehingga berlarutan ?? Kesediaan anda untuk mengalah jugak dapat melunturkan rasa sakit hati dan menyedarkan bahawa tidak ada 1 pun manusia yang sempurna di dunia ini.
8. SENYUMAN :~
* Percaya @ atau tidak, Senyuman mempuyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketka sedang berputus asa, menceriakan suasana muram juga mejadi ubat penenag jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupak kan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling anda. bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis kepada si dia ???
# CENDERAHATI YANG AKAN DINYATAKAN INI TIDAK DIJUAL DIMANA -MANA KEDAI ATAUPUN PASARAYA. ANDA TIDAK PERLU MEMBELI MALAH BOLEH MENGHADIAHKANNYA PADA SAAT DAN HARI. NAMUN BEGITU, KELAPAN -LAPAN CENDERAHATI ININ ADALAH YANG PALING ERINDAH DAN TIDAK TERNILAI BAGI ORANG -ORANG YANG ANDA SAYANGI ... ( SEKIAN TERIMA KASIH )
CREATED BY :~ ZULFASTLY ~ PEACEYAW ( Y )


